Subscribe to Posts
Subscribe to Comments

Nasi Lemak

Posted by Budak Malu818 On 2:55 AM



Nasi lemak

Nasi lemak merupakan makanan kegemaran bagi orang Malaysia dan Singapurakelapa, bagi menambah rasa lemaknya. Kadangkala daun pandan dimasukkan semasa nasi lemak dimasak bagi menambahkan aromanya. terutama sebagai sarapan pada waktu pagi. Nasi lemak merujuk kepada nasi yang dimasak dengan menggunakan santan
Nasi lemak biasanya dihidangkan dengan telur, timun, ikan bilis goreng dan sambal. Tetapi kini nasi lemak dijual dengan pelbagai lauk yang termasuk tetapi tidak terhad kepada daging, ayam, sotong, udang, limpa, dan hati (lembu)

Pemakanan Asal
Nasi lemak bukanlah satu makanan sarapan harian pada umumnya. Amalan pemakanan nasi lemak merupakan satu bekalan kepada pesawah-pesawah padi mahupun yang mengusahakan kebun seperti getah, kelapa sawit, sayur-sayuran dan lain-lain. Kebanyakan di Semenanjung Malaysia ,Selatan Thai, Brunei dan Singapura, bekalan Nasi Lemak sering dibekalkan, kerana ia mampu memberi tenaga kepada mereka ini yang membanting keringat

Makanan popular
Pada masa kini, nasi lemak bukan sahaja dinikmati pada waktu pagi. Malahan, ia dinikmati pada waktu makan tengah hari dan malam. Oleh sebab itu, nasi lemak merupakan satu sajian makanan yang ringkas lalu dijadikan makanan pilihan warga kota yang sentiasa kesibukkan. Harga yang murah juga mendorong makanan popular ini semakin mudah didapati di mana-mana sahaja. Biasanya harga nasi lemak berada di dalam lingkungan RM1-RM5.Bergantung kepada jenis lauk yang diminta..

Nasi Lemak dan Diet

Nasi lemak dikatakan tidak begitu sihat untuk dimakan hari-hari kerana tinggi kalori dan lemaknya oleh pakar pemakanan..


Yang ney plak, cara nk masaknyer..follow la..
Bahan-Bahan:
Bahan Nasi Lemak:
500 gm beras ( dikosek & ditoskan)
3 ½ cawan santan
Garam secukup rasa
3 helai daun pandan (disimpulkan)

Sajian-sajian Tambahan:
125 gm kangkung (dicelur & ditoskan)
2 biji telur (direbus,dibuang kulitnya & dihiris)
1 biji sedang timun (dipotong tebal-tebal)
90 gm kacang tanah (digoreng & dikupas kulitnya)
250 gm ikan selar kuning (diperap & digoreng)
1 sudu serbuk kunyit (digaulkan,untuk memperasakan ikan)
Garam secukup rasa Bahan Sambal:
125 gm ikan bilis kerin (disiang, direndam & ditoskan)
125 gm bawang merah
60 gm lada kering (direndam & ditoskan)
6 biji buah keras
5 cm belacan (dibakar)
2 sudu minyak makan
1 batang serai (dititik)
1 cawan santan
1 sudu gula pasir
Garam & serbuk perasa secukup rasa
¾ cawan air asam jawa pekat

Untuk memasak nasi:
Satukan semua bahan dalam sebuaha periuk.Masak dengan bertutup,atas api yang kecil,hingga nasi masak & cukup kering airnya.Kerah nasi dengan garpu untuk menggemburkannya. Buangkandaun pandan & isikan nasi ke dalam pinggan.
Untuk membuat sambal: Giling kelima -lima bahan yang pertama.Pijarkan minyak & tumiskan bahan giling hingga garing. Masukkan air asam jawa & teruskan memasak hingga keluar minyaknya.Buangkan serai. Rasalah asam garamnya & isikan ke dalam mangkuk. Hidangkan nasi lemak panas-panas atau sejuk, dengan sambal & sajian-sajian tambah.

Anda buleh dapatkan nasik2 lemak sedap dan fresh segar bugar panas kt Nasik Lemak restoran di Kampung Bahru ni(dalam kantin sekolah,blakang klcc) Pastu nasik lemak Cikgu kat Kelana Jaya, Nasik lemak tetek kat Chowkit, Nasik lemak Happy Garden, Nasik lemak Kg. Majidee,Nasik lemak Cinta Sayang, dan terbaru kita ada Nasik Lemak Antarabangsa..Jgn segan2 nk ltak kaki anda ke restoren ney..k?


Psst: sumber dipetik dari mesra.net(jgn mrah aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa)

0 Response to 'Nasi Lemak'

Post a Comment

Followers