Subscribe to Posts
Subscribe to Comments

Kuih Raya

Posted by Budak Malu818 On 4:56 AM

Almond London

Bahan-bahan :
250 gm mentega
150 gm gula halus
550 gm tepung gandum
2 biji telur (diambil kuningnya)
1 sudu kecil emplex
cooking chocolate (double boiling)
badam (dipanggang / dibakar)
sedikit badam serbuk
(boleh gantikan dengan esen vanila tapi kureng skit la)
badam cincang
mangkuk kertas

Cara penyediaan :
Pukul mentega dan gula hingga kembang. Masukkan kuning telur dan pukul lagi. Masukkan tepung, emplex dan badam serbuk. Adun hingga menjadi doh yang boleh dibentuk. Ambil sedikit doh saiz sebesar guli dan balut badam, kemudian bentukkan menjadi bola bujur. Letakkan doh di dalam loyang yang bergris. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 175*C selama 20-25 minit atau sehingga masak dan keemasan. Sejukkan dahulu. Setelah sejuk, masukkan biskut yang telah dibakar ke dalam mangkuk kertas dan tuang coklat yang telah dicairkan di atasnya. Taburkan dengan badam cincang dengan segera supaya ia betul2 melekat dengan coklat. Biarkan sejuk dan bolehlah dimasukkan ke dalam bekas kedap udara..

0 Response to 'Kuih Raya'

Post a Comment

There was an error in this gadget

Followers

There was an error in this gadget
There was an error in this gadget